Sunday, 6 January 2013

24 HB NOV 2012. KEBAKARAN DI RUMAH AMAL

Pada 24hb November 2012,jam 10.00 malam telah berlaku satu kebakaran di asrama anak-anak perempuan ( diduduki seramai 23 orang) beralamat di H-67,Lorong Karyawan 2 Taman Guru,Jalan Gambang,Kuantan berpunca dari litar pintas elektrik.Kebakaran bermula dari bilik utama dengan satu letupan yang menggegarkan rumah tersebut.Alhamdulillah,anak-anak semua selamat kerana cuti sekolah sudah bermula dan anak-anak telah diambil oleh keluarga,saudara mara dan waris masing-masing.Kebakaran itu terjadi secara pantas dan tidak dapat menyelamatkan barang-barang yang ada didalam asrama.Berita kebakaran ini telah dipaparkan di Harian Metro (Ms2) bertarikh 26hb November 2012.
Pihak pengurusan RAHKS menganggarkan kos membaikpulih bangunan tersebut sebanyak RM 50,000.00 dan gantirugi barangan yang hangus terbakar sebanyak RM 20,000.00.Bersama-sama ini disertakan lampiran barangan yang perlu diganti dan gambar-gambar kebakaran yang sempat dirakamkan berserta keratan akhbar Harian Metro yang bertarikh 26hb November 2012.














 


ANTARA 
BARANGAN YANG PERLU 
DIGANTI ADALAH SEPERTI 
BERIKUT:

  1.    Katil,tilam,bantal,selimut 
  2.    Pakaian 
  3.    6 buah almari
  4.    4 buah set computer
  5.    Pakaian sekolah dan alat-alat tulis
  6.    Peti ais
  7.    Dapur masak dan peralatan memasak termasuk tong gas
  8.    Periuk nasi elektrik
  9.    Cerek elektrik              
  10.    Sterika 
  11.    Mesin Basuh 
  12.    8 kipas dinding dan kipas berdiri
  13.    Karpet
  14.    Set sofa untuk ruang tamu
  15.    Barangan keperluan dapur ( beras,gula,minyak dan lain-lain)
  16.    Set Television dan DVD Player
  17.    Freezer
  18.    2 Penghawa dingin ( kegunaan pejabat RAHKS)
  19.    8 Buah rak buku
  20.    Dan barang-barang lain yang musnah akibat kebakaran.

  Pihak RAHKS mengharapkan pihak Dato/Datin/Tuan/Puan dapat menyumbang dana untuk membantu meringankan bebanan anak-anak RAHKS. Segala sumbangan yang dihulurkan daripada pihak Dato/Datin/Tuan/Puan dapat menghiburkan anak-anak tersebut dan semoga segala usaha yang dilakukan mendapat nilai taqwa disisi Allah.

Segala sumbangan boleh disalurkan ke:                                                                                                 Maybank Pusat Jagaan Hembusan Kasihsayang                            
5560 1105 1770

Sebarang kesulitan boleh dihubungi:  

En. Razif Roslan     Pengurus RAHKS    014 509 1743
Pn. Norlizah Ramli                               019 692 3136





Thursday, 27 December 2012

Salam Ramadhan Al mubarak.


Salam ramadhan kepada semua yg dikasihi. Moga2 ramadhan kali benar-benar kita mendapat manfaat dari bulan yang penuh berkat ini. Sempena ramadhan kali ini PJHKS telah dikunjungi tetamu sama ada dari syarikat,individu dan juga pertubuhan kerajaan dan juga bukan kerajaan. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang sudi mengunjungi dan juga memberi sumbangan kepada PJHKS. Moga2 Tuhan akan membalasnya diakhirat kelak.

Pada 14.08.10(sabtu) yang lepas syarikat ISMAIL MAJU CATERING telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak PJHKS dan juga warga PJHKS. Mereka juga telah menyampaikan cenderahati berupa hamper dan juga sumbangan kepada anak-anak PJHKS.

Terima kasih diucapkan kepada syarikat ISMAIL MAJU CATERING kerana sudi meraikan warga PJHKS. Moga2 dibulan Ramadhan ini kita semua akan mendapat Keampunan dan Rahmat dari-NYA.
















Sumbangan dari Ismail Maju Catering












Sembahyang Maghrib berjemaah














Persembahan oleh anak2 PJHKS























Menyambut kedatangan tetamu